Aktiviti dan Perkhidmatan

Monday, September 7, 2009

Dalam masa 5 tahun, Wak Tunot Enterprise telah berjaya berkembang dengan pesat dalam bidang industr
ipemakanan dengan jualan meningkat kepada RM500,000.00 setahun dan bertambah menjelang perayaan.

Antara aktiviti dan perkhidmatan yang dijalankan oleh Wak Tunot Enterprise boleh dibahagikan kepada 4 jenis:

1.1 Latihan dan Nasihat (Projek Tunas Mekar)

· Sebuah program yang diasaskan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi. Bertujuan melahirkan perusahaan dan usahawan dalam industri yang berdaya maju dan kompetitif.
· Berlatarbelakangkan konsep mentor mentee yang akan mewujudkan hubungan diantara industri dan para graduan UiTM, kaunselor dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dalam melaksanakan projek ini secara perintis.
· Menyerapkan gandingan kepakaran graduan dan pensyarah sebagai kaunselor perniagaan untuk membantu dengan menyertai proses perniagaan sebenar dengan pengusaha.


1.2 Pembuatan

· Menjalankan aktiviti pembuatan makanan-makanan ringan, bahulu, kek-kek dan biskut secara manual (homemade recepies) serta pembikinan makanan dari proses awal hingga proses akhiran.
· Proses menggoreng, mengadun, ataupun membuat kuih dijalankan oleh pekerja-pekerja mahir yang telah lama berkhidmat.

1.3 Pembungkusan

· Merupakan proses akhiran dalam bidang industri makanan. Dengan kepakaran beliau dan latihan oleh SIRIM memberi kelebihan kepada produk beliau untuk diterima oleh pelanggan.

1.4 Penghantaran

· Wak Tunot Enterprise juga menyediakan khidmat penghantaran kepada pelanggan atau pengedar dikawasan persekitaran yang hampir dengan premis beliau dengan menggunakan van atau lori syarikat.

Pengenalan Wak Tunot Enterprise .


Wak Tunot Enterprise diwujudkan berikutan minat Puan Hajjah Tulos Binti Haji Joyo kepada dunia perniagaan. Berteraskan pengalaman dan minat yang mendalam dalam bidang industri makanan tradisional maka beliau menceburi bidang ini dengan membuka bengkel kecil-kecilan dengan diberi nama Wak Tunot Enterprise.

Wak Tunot Enterprise telah memulakan perniagaan pada tahun 2003. Wak Tunot memulakan perniagaan dengan memasarkan produk-produk makanan ringan seperti rempeyek, biskut, pelbagai jenis kek dan bahulu kepada penduduk sekitar kampung tengah dan kawasan-kawasan yang berdekatan bandar Kluang melalui kedai makannya yang sedia ada.

Dengan perkembangan pesat dan permintaan yang bertambah dari masa ke semasa Wak Tunot Enterprise telah meluaskan perniagaan sehingga dapat membanggakan Puan Hajjah Tulos sehingga ke hari ini. Selain itu perkembangan syarikat Wak Tunot Enterprise adalah disebabkan bantuan dan nasihat dari pihak kerajaan seperti JABATAN PERTANIAN, FAMA, RISDA, MARA dan MARDI.

Wak Tunot Enterprise melebarkan sayapnya dengan mengeluarkan produk-produk yang berkualiti dan terjamin bagi memenuhi kehendak pelanggan yang biasanya dari pihak kerajaan (JABATAN PERTANIAN, FAMA, RISDA, MARA dan MARDI), pengedar-pengedar dan individu-individu yang memerlukan produk tradisional bagi tujuan keramaian ataupun ekspo-ekspo yang dijalankan diseluruh negeri.

“BERSIH, BERMUTU, BERKUALITI DAN IDENTITI” adalah menjadi moto kekuatan Syarikat Wak Tunot Enterprise dalam dunia industri makanan tradisional. Selain itu jaringan dan hubungan yang baik di antara Puan Hajjah Tulos dengan setiap pelangganya tanpa mengira umur, pangkat ataupun bangsa telah membuatkan beliau dikenali oleh setiap pelangganya. Puan Hjh.Tulos juga lebih senang dikenali sebagai Kak Tunot.

Dalam pembuatan makanan tradisional, Wak Tunot Enterprise telah menggunakan bahan-bahan yang berkualiti dan bermutu. Ini dapat menjamin kesedapan dan kelazatan asli produk yang dihasilkan menepati citarasa pelanggan tanpa penggunaan bahan awet. Selain itu, yang menjadi kekuatan kami adalah kemahiran pekerja-pekerja yang mahir dalam pembuatan makanan berasaskan kuih-muih. Dengan bantuan 4 orang pekerja mahir dalam menggoreng rempeyek dan 4 orang dalam bidang pembungkusan kerja-kerja yang dijalankan bertambah lancar dan menyenangkan pelanggan yang datang ke premis Wak Tunot Enterprise. Manakala dalam bidang pembuatan kek, bahulu dan biskut, seramai 4 orang pekerja mahir mencurahkan pengalaman dan tenaga mereka bagi memenuhi kehendak pelanggan dengan dibantu oleh seorang pekerja dalam bidang pembungkusan.Dengan pengeluaran pelbagai jenis produk seperti makanan ringan (rempeyek, tumpi, kapit, kuih ros, maruku dan kerepek) pelbagai jenis kek (pisang, pandan, coklat, marble, buah dan oren) biskut dan pelbagai jenis bahulu ianya pasti menjadi pilihan pelanggan yang menyukai produk-produk tradisional tanpa mengira musim. Melalui industri ini Wak Tunot telah memasarkan produk beliau ketahap yang boleh dibanggakan oleh orang bumiputera. Produk kami juga telah menembusi pasaran Singapura, New Zealand, sekitar Kuala Lumpur dan seluruh negeri Johor dengan bantuan pihak kerajaan (PERTANIAN, FAMA, RISDA dan MARDI) orang perseorangan (pengedar), jualan di pasar-pasar tani atau pasar malam serta jualan di premis Wak Tunot sendiri.

Dengan berkat ketekunan, kegigihan dan kesabaran, beliau telah dianugerahkan sebagai usahawan terbaik peringkat daerah Kluang bagi kategori Usahawan Cemerlang Industri Kecil Sederhana oleh UMNO Daerah Kluang pada tahun 2005.

LATEST PRODUCT. http://picasaweb.google.com/wak2note/WakTunotOctoberNovember2009Promotion?feat=directlink WE ARE HERE ---->> FIND US NOW
View Wak Tunot Enterprise in a larger map
View Wak Tunot Enterprise in a larger map
 
Wak 2 note Enterprise - by Templates para novo blogger